Aliran trafik lebuh raya utama bergerak perlahan

Kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 313.7 Arah Utara sesak dan bergerak perlahan ketika tinjauan menjelang cuti perayaan Tahun Baharu Cina hari ini. Foto Bernama
Kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer 313.7 Arah Utara sesak dan bergerak perlahan ketika tinjauan menjelang cuti perayaan Tahun Baharu Cina hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan bergerak perlahan susulan pertambahan jumlah kenderaan.

Menurut Twitter LLMinfotrafik, setakat jam 5 petang, aliran kenderaan di PLUS menghala ke Utara dilaporkan perlahan di beberapa kawasan.

Lebuhraya Pantai Timur di Plaza Tol Gombak menuju Genting Sempah sesak berikutan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu Cina 2022, hari ini. Foto Bernama

“Antaranya Rawang Selatan ke Sungai Buaya; Slim River ke Ladang Bikam sesak 8.3Kilometer (km); Bidor ke Tapah sesak 16.8 km; Tapah ke Gopeng sesak 9.8km; Gopeng ke Simpang Pulai dan Jawi ke Juru.

“Manakala ke arah Selatan pula dilaporkan perlahan Simpang Pulai ke Gopeng sesak 12.9km,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Selain itu, LLM Trafik dalam ciapan Twitter juga memaklumkan, aliran trafik perlahan ke arah Utara dari Senai ke Sedenak.

“Manakala ke arah Selatan, trafik perlahan dari Nilai ke RNR Seremban; Bandar Ainsdale ke Seremban; Port Dickson ke Pedas Linggi dan Hentian sebelah Pedas Linggi ke Simpang Ampat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: