'SOP kempen penentu kemenangan PH'

Mohamad
Mohamad
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemilihan logo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan penentu kemenangan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) kempen.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, pengalaman dalam PRN Melaka membuktikan sekatan aktiviti ceramah dan kempen secara bersemuka memberi kesan besar kepada PH.

"Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013, pembangkang bertanding menggunakan logo parti masing-masing dan kita menang besar pada waktu itu dengan menguasai lima negeri.

"Jika ditakdirkan blok pembangkang tewas, punca utama kekalahan adalah disebabkan oleh SOP, bukan kerana faktor logo. Kalau tidak boleh kempen, lebih baik tidak payah buat pilihan raya," katanya ketika sidang akhbar selepas Ceramah Isu Semasa - Kerajaan Lemah Tiada Integriti di sini pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Mohamad turut menyangkal dakwaan kononnya parti itu bakal tersungkur dalam PRN itu susulan penggunaan logo sendiri oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia susulan kenyataan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PKR bakal menggunakan logo sendiri dalam PRN Johor, manakala Amanah dan DAP kekal menggunakan logo PH.

Artikel Berkaitan: