Mahkamah khas bela nasib kaum wanita

Mujahid ketika ditemui media, di sini, hari ini.
Mujahid ketika ditemui media, di sini, hari ini.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Mahkamah Khas Perkahwinan, Nafkah dan Hadhanah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini dijangka beroperasi pada bulan Mei depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, penubuhan mahkamah khas tersebut adalah untuk memastikan golongan wanita dan anak mendapat pembelaan sewajarnya selepas bercerai.

Pada masa sama, ia membantu mempercepatkan proses perceraian, nafkah dan hak penjagaan anak.

"Setakat ini, kita selesai mendapatkan pandangan daripada Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

"Serentak dengan itu, kita turut menunggu kelulusan daripada Kabinet peruntukan kuasa menyita harta suami bagi membela nasib golongan isteri yang menjadi mangsa penceraian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Wacana Hari Wanita Antarabangsa 2019 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, hari ini.

No Image Caption

<

Menurut Mujahid, kerajaan sebelum ini hanya melancarkan Mahkamah Khas Perkahwinan, Nafkah dan Hadhanah itu pada April, tahun lalu.

Bagaimanapun, daripada segi pelaksanaan dan operasi mahkamah khas berkenaan akan dijalankan oleh kerajaan PH.

Dalam pada itu, Mujahid turut memberitahu, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam akan memaklumkan kepada Majlis Raja-Raja berhubung dasar pentabiran Islam di bawah kerajaan baharu.

Artikel Berkaitan:

"Pada Khamis lalu, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam telah mengadakan mesyuarat yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selain isu-isu berkaitan Islam dan fatwa kami juga membincangkan aspek pentadbiran dan hala tuju Islam oleh kerajaan baharu di bawah tagline, 'Menuju Dasar Malaysia Ke Negara Rahmah," ujarnya.

Tambah Mujahid, dasar tersebut berlandaskan tiga teras utama iaitu, Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.