Tunggu keputusan MPT, hantar jentera di PRN Johor

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah
A
A
A

KUANTAN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang sedang menunggu keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menghantar jentera bagi membantu calon dari Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kesemua 14 cawangan Bersatu Pahang bersama Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam berkempen selepas penetapan diputuskan pucuk pimpinan tertinggi.

Menurutnya, gerak kerja kempen akan dilaksanakan sebaik sahaja menerima arahan MPT kerana PRN Johor kali ini dianggap penting dan luar biasa.

"Kita sudah bersedia dan hanya menunggu arahan daripada MPT untuk membantu dan berkempen di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan di Johor.

"Kita akan lakukan sehabis baik dan menganggap PRN Johor adalah pilihan raya luar biasa pentingnya kerana pengerusi Bersatu Johor ialah Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan Bersatu Pahang dalam membantu PRN Johor selepas mengadakan lawatan ke pusat gabungan Persatuan Tiong Hua di Bukit Ubi di sini pada Jumaat.

Saifuddin (kanan) menyantuni komuniti cina di pusat gabungan Persatuan Tiong Hua di Bukit Ubi di sini pada Jumaat.
Saifuddin (kanan) menyantuni komuniti cina di pusat gabungan Persatuan Tiong Hua di Bukit Ubi di sini pada Jumaat.

Pada 22 Januari, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, ​Muhyiddin telah memaklumkan ​​ akan memuktamad​kan​ agihan kerusi ​bagi menghadapi PRN Johor ​bersama Pas dan Gerakan dalam masa seminggu lagi.

Beliau menyasarkan prestasi di Johor lebih baik daripada prestasi pada PRN Melaka sebelum ini.

"Jadi, kita mesti menunjukkan prestasi yang baik dan mempertahankan kerusi-kerusi sedia ada serta menambah lagi kerusi baharu," ujarnya.