X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Pemilik didakwa jadi penyebab kucingnya terlalu gemuk

Kucing betina yang diberi nama Liznya ini mempunyai ukuran badan membimbangkan. - Foto fedupcat/Instagram
A
A

MOSCOW - Seekor kucing betina yang terlalu gemuk di Rusia telah menyebabkan timbul salah faham dalam kalangan netizen di Rusia bahawa pemiliknya bertindak melakukan penderaan ke atas haiwan berkenaan.

Pada mulanya gambar-gambar haiwan tersebut yang diberi nama Liznya disiarkan oleh pemiliknya menerusi satu akaun di Instagram dan berjaya memperolehi hampir 9,000 pengikut baru-baru ini.

Gambar-gambar itu menunjukkan aksi-aksi kucing tersebut yang mempunyai ukuran badan membimbangkan.

Gambar-gambar haiwan itu disiarkan di laman Instagram dengan menggunakan nama @feducat.

Bagaimanapun, sebahagian pengikut kucing tersebut telah memberikan komen dengan menuduh pemiliknya melakukan penderaan kerana badan haiwan itu terlalu gemuk.

Namun, pemilik Liznya menegaskan bahawa haiwan berkenaan tidak makan dalam jumlah terlampau banyak sebaliknya ia hanya menambah berat badan kerana bunting.

Walaupun ia mengawal pemakanan dengan memakan makan diet, berat badan kucing tersebut terus bertambah, menurut kenyataan dalam akaun Instagram tersebut. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!