Kawasan utara Semenanjung diramal berjerebu hingga Sabtu ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Khamis meramalkan kawasan utara Semenanjung akan dilanda jerebu sehingga Sabtu ini akibat kebakaran hutan yang berlaku di Kemboja.

MetMalaysia menerusi ciapan di Twitter berkata, ia berdasarkan ramalan trajektori jerebu menggunakan Model Hysplit bagi tempoh 72 jam bermula 12 tengah malam Rabu hingga 12 tengah malam Sabtu.

"Output Model Hysplit yang dijana hanya mengambil kira lokasi titik-titik panas yang dijangka memberi kesan kepada kualiti udara di negara kita.

"Berdasarkan imej satelit pada 26 Januari 2022 yang direkodkan Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC), terdapat enam titik panas bagi kategori 'high confidence level' di Semenanjung Malaysia manakala di Sabah dan Sarawak tiada titik panas dikesan," katanya.

Kata MetMalaysia, Kalimantan menunjukkan lapan titik panas manakala Sumatera sembilan titik panas.

Artikel Berkaitan: