AS, NATO tolak tuntutan Rusia

Kira-kira 100,000 anggota tentera Rusia bersama kelengkapan ketenteraan ditempatkan di sempadan Ukraine. - Foto Agensi
Kira-kira 100,000 anggota tentera Rusia bersama kelengkapan ketenteraan ditempatkan di sempadan Ukraine. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akhirnya mengemukakan respons bertulis secara berasingan yang menolak tuntutan keselamatan dikemukakan Rusia di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat jika Moscow meneruskan kempen pencerobohan ke atas Ukraine.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada Rabu mengesahkan Duta AS ke Rusia, John Sullivan telah memberikan jawapan yang dijanjikan pada minggu lalu terhadap tuntutan Moscow yang mahukan jaminan bahawa NATO akan menghentikan kempen peluasan sayap timur mereka ke negara bekas Kesatuan Soviet.

Blinken turut menegaskan, Washington bersama sekutunya tidak bersetuju dengan cadangan Moscow yang menggesa NATO menyekat proses kemasukan anggota baharu.

"Pintu pakatan tentera ini sentiasa terbuka. Kandungan surat tersebut menawarkan laluan diplomatik serius kepada Rusia untuk menamatkan kebuntuan ini," jelasnya sambil menambah dokumen itu dengan jelas menzahirkan rasa khuatir terhadap tindakan Kremlin yang menjejaskan keselamatan di rantau berkenaan.

Diplomat AS itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang respons bertulis itu dan hanya menyatakan ia menekankan bagaimana Washington dan Moscow boleh bekerjasama untuk 'memajukan keselamatan kolektif'.

Sementara itu, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata, tindak balas bertulis mereka juga selari dengan AS.

"Kami sekali lagi menggesa Rusia untuk meredakan situasi. Kami percaya ketegangan dan perselisihan faham ini hanya dapat diselesaikan menerusi secara diplomasi dan sesi dialog," ujarnya.

Beliau juga menyarankan penubuhan semula hubungan rasmi antara Moscow dan NATO serta membuka saluran komunikasi untuk mengelakkan konflik menjadi lebih buruk di Eropah Timur.

Artikel Berkaitan:

Pada awal bulan lalu, siri rundingan AS dan NATO bersama Rusia gagal mencapai kata putus untuk menghentikan krisis bersama Ukraine malah dialog pusingan kedua Washington-Moscow juga tidak

Timbalan Menteri Luar Rusia, Alexander Grushko menerusi kenyataan balas memaklumkan Moscow akan 'mengkaji' cadangan NATO memandangkan AS dan sekutunya juga mengambil masa selama hampir sebulan setengah untuk memberi respons terhadap tuntutan mereka. - Agensi