Tarif elektrik baharu diumum sebelum 1 Februari

Kerajaan dijangka mengumumkan kadar tarif elektrik baharu bagi tahun 2022 sehingga 2024 sebelum 1 Februari nanti. - Gambar hiasan
Kerajaan dijangka mengumumkan kadar tarif elektrik baharu bagi tahun 2022 sehingga 2024 sebelum 1 Februari nanti. - Gambar hiasan
A
A
A

DUNGUN – Kerajaan dijangka mengumumkan kadar tarif elektrik baharu bagi tahun 2022 sehingga 2024 sebelum 1 Februari nanti.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan tarif baharu itu sudah dimuktamadkan pada Rabu selepas enam kali dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

"Kadar tarif baharu ini akan diumumkan tidak lama lagi dan kita akan melaksanakan IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) pada 1 Februari nanti.

"Kita sedang tunggu Suruhanjaya Tenaga dan apa yang saya boleh katakan, tarif baharu ini tidak akan membebankan rakyat," katanya selepas hadir ke Majlis Perasmian Projek Large Scale Solar 29.99 MWac Kenyir Gunkul Solar Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Santong, Paka di sini pada Khamis.

Takiyuddin (dua dari kanan) melihat projek solar yang dilaksanakan selepas hadir ke Majlis Perasmian Projek Large Scale Solar 29.99 MWac Kenyir Gunkul Solar Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Santong, Paka, Dungun pada Khamis.
Takiyuddin (dua dari kanan) melihat projek solar yang dilaksanakan selepas hadir ke Majlis Perasmian Projek Large Scale Solar 29.99 MWac Kenyir Gunkul Solar Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Santong, Paka, Dungun pada Khamis.

Majlis disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu turut dihadiri Pengarah Kenyir Gunkul Solar Sdn Bhd, Datuk Seri Ong Ah Hwa.

Sementara itu Takiyuddin berkata, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menyasarkan kapasiti sumber tenaga boleh baharu (TBB) dalam penjanaan elektrik negara mencecah 31 peratus menjelang tahun 2025 nanti dan ia dijangka meningkat kepada 40 peratus pada tahun 2035.

Beliau berkata, KeTSA akan meneruskan agenda meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber TBB dan ia sebagai usaha kerajaan untuk menjadi sebuah negara yang neutral karbon menjelang tahun 2050.

Artikel Berkaitan:

“Bagi mencapai sasaran ini, kita akan meneruskan dan menambah baik program melibatkan penjanaan elektrik terutama dalam program Large Scale Solar (LSS), Net Energy Metering (NEM) dan Green Electricity Tariff (GET).

“KeTSA juga akan memperkenalkan program baharu dalam memenuhi permintaan TBB yang kian meningkat dalam kalangan sektor korporat bagi memenuhi komitmen Environmental, Social dan Governance (ESG),” katanya.