Newcastle mampu kekal bersaing di EPL

Newcastle berjaya menang pada perlawanan terakhir mereka sebelum liga berehat.
Newcastle berjaya menang pada perlawanan terakhir mereka sebelum liga berehat.
A
A
A

PENGKRITIK bola sepak England, Rio Ferdinand yakin bahawa Newcastle United akan terus kekal bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas berjaya merekrut beberapa pemain baru bagi memperkuatkan pasukan itu.

Bekas pemain pertahanan Manchester United itu berkata, dengan jumlah perlawanan yang masih banyak selain pasukan itu mempunyai masa untuk kembali meningkatkan prestasi, merupakan antara faktor yang akan menyebabkan Newcastle mampu untuk meninggalkan zon penyingkiran.

“Mereka (Newcastle) kelihatan sedang merancang sesuatu yang hebat dan strategik. Menggunakan kuasa wang dengan lebih bijak berbanding pasukan lain.

“Berdasarkan situasi semasa, saya fikir pasukan yang tidak bernasib baik dan tersingkir adalah Burnley, Watford dan Norwich. Tempoh rehat dua minggu ini bakal memberikan mereka masalah kerana akan kehilangan momentum.

“Newcastle akan terlepas daripada masalah tersebut. Mereka sudah membawa masuk satu atau dua pemain yang akan memberikan impak,” katanya.

Untuk rekod, The Toon kini berada di kedudukan tiga tercorot dengan mengumpul 15 mata dalam 22 perlawanan.

Bagaimanapun Newcastle memiliki kelebihan satu perlawanan dan hanya dibezakan satu mata dengan Norwich yang kini berada di tangga ke-16 liga.

Artikel Berkaitan: