Kereta terbang Slovakia dapat kelulusan rasmi

4
4
A
A
A

BRATISLAVA - Pihak Berkuasa Pengangkutan Slovakia mengeluarkan sijil kelayakan udara kepada model kereta terbang, AirCar sekali gus menjadi langkah pertama ke arah pengeluaran komersial ciptaan itu.

“Pensijilan AirCar membuka pintu untuk pengeluaran besar-besaran kereta terbang yang sangat cekap.

“Ia adalah pengesahan rasmi dan muktamad tentang keupayaan kami untuk menukar perjalanan jarak pertengahan selama-lamanya,” kata Stefan Klein, Pengasas dan Ketua Eksekutif KleinVision.

AirCar menyelesaikan penerbangan antara bandar pertamanya pada Jun 2021.

Kenderaan itu menggunakan enjin BMW 1.6 liter dan memerlukan landasan hanya sepanjang 300 meter (m) untuk berlepas.

Ia mempunyai kelajuan penerbangan sehingga 170 kilometer sejam (km/j) dalam jarak 1,000 kilometer (km).

Bagaimanapun, jurucakap Klein Vision memberitahu CNN lesen juruterbang diperlukan untuk menerbangkan kenderaan hibrid itu. - AFP

Artikel Berkaitan: