Masih ada pergerakan tanah di kawasan runtuhan

JBPM mengesahkan masih berlaku pergerakan tanah di lokasi kejadian tebing longkang runtuh di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada Rabu.
JBPM mengesahkan masih berlaku pergerakan tanah di lokasi kejadian tebing longkang runtuh di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Masih terdapat pergerakan tanah di lokasi kejadian tebing longkang runtuh di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada Rabu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, bagaimanapun pergerakan tanah itu berlaku dalam skala kecil.

Menurutnya, pada masa ini Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sedang melaksanakan kerja pemasangan besi penahan tebing.

"Keadaan (di lokasi kejadian) terkawal. MBSJ dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling telah mengambil tindakan.

Kejadian tebing runtuh di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada Selasa.
Kejadian tebing runtuh di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada Selasa.

"Polis dan bomba juga sudah bersiap sedia di lokasi kejadian," katanya pada Rabu.

Sebelum ini lima kenderaan yang diletakkan di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai rosak selepas berlaku mendapan tanah di kawasan itu petang Selasa.

Lima kenderaan tersebut diletakkan di hadapan bengkel kereta yang jarak antara tebing runtuh dengan bengkel tersebut adalah tujuh meter.

Artikel Berkaitan: