Nasib 550 penjaja pasar malam Jalan TAR masih samar

- Foto Bernama
- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Nasib seramai 550 penjaja pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang perlu berpindah ke tapak baharu bagi memberi laluan kepada penutupan Jalan TAR di sini mulai 1 April ini masih samar.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Malam Lorong TAR, Azkhalim Suradi berkata ini kerana mereka masih tidak dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),

Katanya, pihaknya pernah berpindah sebanyak tiga kali sepanjang 34 tahun berniaga di sekitar kawasan itu.

"Pada awal pemindahan tapak dari Jalan TAR ke Lorong TAR, aktiviti perniagaan kami terjejas teruk selama 10 tahun sehingga 50 peratus daripada penjaja mengalami kerugian dan terpaksa meninggalkan aktiviti pasar malam.