Paip bocor punca tanah runtuh belakang Perpustakaan Negara

Runtuhan tanah dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah di Perpustakaan Negara Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Runtuhan tanah dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah di Perpustakaan Negara Malaysia hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebocoran paip air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dipercayai menjadi punca runtuhan tanah di belakang Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak di sini petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.06 petang.

“Kami segera mengerahkan seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat pergerakan tanah yang berpunca dari kebocoran pair air namun tidak melibatkan struktur bangunan.

Katanya anggota bomba telah memastikan keadaan selamat untuk orang awam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.- Bernama

Artikel Berkaitan: