[VIDEO] Tanah mendap, lima kenderaan rosak

SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Kita sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Dua individu termasuk pegawai kanan agensi kerajaan ditahan kes rasuah RM15,000
13 Oktober 2026 05:18pmPemandu maut rempuh belakang lori di LPT2
13 Oktober 2026 04:43pmPukul bekas teman wanita, ahli perniagaan dipenjara enam bulan
13 Oktober 2026 04:22pmAnggota tentera maut dilanggar lori selepas tercampak dari jejambat
13 Oktober 2026 04:19pmIsteri orang ditangkap khalwat bersama duda dalam bilik sewa
13 Oktober 2026 10:53amKerabat Diraja Terengganu saman dua bank, tuntut RM1.99 juta selepas wang simpanan 'lesap'
13 Oktober 2026 02:42pmBekas pemain bola sepak berdepan hukuman mati, didakwa edar 72 kg kanabis
13 Oktober 2026 02:41pm- Iklan -- Iklan -
