Sila log masuk terlebih dahulu.

Rokok, minuman keras bernilai lebih RM130,000 dirampas

Rokok dan minuman keras seludup yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan Bukit Mertajam, pada Isnin.
Rokok dan minuman keras seludup yang dirampas Polis Marin Wilayah Satu di kawasan Bukit Mertajam, pada Isnin.
A
A
A

GEORGETOWN - Pasukan Polis Marin Wilayah Satu merampas 216,800 batang rokok dan 143.4 liter minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai bernilai RM133,460 di kawasan Bukit Mertajam, pada Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim, serbuan dibuat Unit Risikan Marin itu menerusi OP Khas sempena tahun baharu Cina turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh untuk membantu siasatan.

"Ketika pemeriksaan dibuat kita telah menemui 11 peti yang mengandungi 590 karton rokok yang bernilai RM123,490 dan 17 peti minuman keras yang bernilai RM9,970.

"Kesemua barang rampasan dan suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut,"katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Shamsol berkata, kes berkenaan disiasat Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Beliau berkata bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan penjualan rokok serta minuman keras tanpa cukai yang merugikan kerajaan, pihaknya akan terus melaksanakan operasi sedemikan di seluruh kawasan tanggungjawab polis marin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti penyeludupan boleh menyalurkan maklumat kepada polis marin ditalian 04-6558222.

Artikel Berkaitan: