Aktivis didenda RM1,900 buat video jelik

Seorang aktivis didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, atas satu pertuduhan pindaan membuat video bersifat jelik mengaitkan pendatang asing dan jenayah di Pasar Borong Selayang, dua tahun lalu.
Seorang aktivis didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, atas satu pertuduhan pindaan membuat video bersifat jelik mengaitkan pendatang asing dan jenayah di Pasar Borong Selayang, dua tahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis didenda RM1,900 atas pertuduhan pindaan membuat video bersifat jelik mengaitkan pendatang asing dan jenayah di Pasar Borong Selayang, dua tahun lalu.

Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, 60, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim MM Edwin Paramjothy pada Selasa.

Mahkamah turut memerintahkan Mustapa Mansor selaku orang kena saman (OKS) dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi Youtube dengan niat untuk menyakiti hati orang lain, pada 26 April 2020.

Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Mengikut fakta kes, video itu dimuat naik yang mana kandungannya adalah mengenai kegiatan jenayah seperti dadah, gengsterisme serta pemerdagangan manusia di Pasar Borong Selayang.

Hasil siasatan mendapati kandungan video itu mengandungi hantaran yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Peguam Jadadish Chandra yang mewakili OKS, merayu agar mahkamah mengenakan hukuman denda minima dengan alasan video yang dimuat naik berhubung isu rakyat.

Artikel Berkaitan:

"OKS juga merupakan bapa lapan orang anak dan kesalahan kali pertama dilakukan. OKS berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama dan akan lebih berhati-hati dalam menbangkitkan sesuatu isu," katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS.