Ahmad Zahid, Mohamad berada di Johor bincang persiapan PRN

Ahmad Zahid dan Mohamad
Ahmad Zahid dan Mohamad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan berada di Johor pada Selasa bagi memperincikan persiapan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut sumber, kunjungan kedua pemimpin tertinggi parti itu dimulakan dengan pertemuan tertutup bersama Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad.

"Pertemuan tertutup itu akan diadakan di Saujana pada jam 8.30 malam ini dengan disertai pimpinan UMNO Johor.

"Esok pagi (Rabu) pula, Presiden dan Timbalan Presiden akan menyertai Mesyuarat UMNO Johor bersama komponen Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO, di Jalan Yahya Awal bagi memperincikan butiran lanjut mengenai PRN Johor," menurut sumber tersebut, pada Selasa.

Pada Isnin, UMNO dilaporkan mahu bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam PRN itu nanti.

Mohamad dilaporkan berkata, jumlah itu belum mengambil kira kerusi DUN bagi parti komponen BN.

Sebelum itu pada Ahad, Hasni dilaporkan berkata, BN akan bergerak sendiri tanpa bergabung dengan mana-mana parti dalam PRN kali ini.

Menurutnya, BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN namun menyerahkan keputusan terbabit kepada pucuk pimpinan tertinggi parti.

Artikel Berkaitan: