PH guna formula gagal dalam PRN Johor: Khaled

Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Cadangan Pakatan Harapan (PH) mahu bekerjasama dengan parti pembangkang lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan memberi kesan sekiranya mereka menang sekali gus memudaratkan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, formula itu sudah dilakukan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan hasilnya boleh dilihat selepas itu apabila mempunyai kerajaan yang gagal.

"PH mahu kerjasama dengan semua pembangkang hadapi PRN Johor, bukankah itu pendekatan PRU14, kesannya bila menang dapat kerajaan rojak, kerajaan suku-suku, kerajaan tak berfungsi, kerajaan yang gagal dan kerajaan yang ada macam takde.

"Perdana Menteri dan Menteri Besar asyik bertukar," katanya dalam tweet terbaharu beliau menerusi Tweeter miliknya, pada Selasa.

Pada Isnin, PH menerusi satu kenyataan bersama-sama menyatakan hasrat mereka bergabung dengan parti pembangkang lain yang mahu bertanding dalam PRN Johor supaya bersama-sama di bawah satu khemah besar.

Antaranya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Artikel Berkaitan: