X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Watford, Ranieri berpisah

Claudio Ranieri
A
A

JODOH Claudio Ranieri bersama Watford hanya bertahan tiga bulan selepas pengendali Itali tersebut dipecat berikutan kekalahan 0-3 kepada Norwich City, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vicarage Road.

Kekalahan kepada Norwich City di tempat sendiri menentang antara pencabar di zon penyingkiran menyaksikan Watford kekal dalam kelompok tiga bawahan liga.

Watford dinaikkan kembali ke liga teratas musim lalu ketika ini cuba mengekalkan status EPL.

Menurut laporan media Britain, pemecatan Ranieiri menyaksikan pengurusan tertinggi Hornets kini akan mencari pengurus ketiga kelab musim ini setelah memecat Xisco, pada Oktober.

Watford kendalian Ranieri tewas 10 daripada 13 perlawanannya sebagai pengurus dengan satu-satunya kemenangan ketika berdepan Everton dan Manchester United.

Ranieri sebelum pemecatan seolah-olah membayangkan akan kekal susulan kekalahan 0-3 kepada Canaries, apabila menegaskan dia sentiasa berhubung dengan lembaga pengarah di Vicarage Road.

Dia berkata: "Saya ingin meminta maaf kepada penyokong-penyokong Watford kerana kami mahu melakukan sesuatu yang lebih baik untuk kelab unik ini.

"Sejujurnya saya meminta para pemain terus menyalakan api dalam perlawanan ini kerana kami tidak boleh kalah, namun selepas jaringan kami hilang arah...

"Misi kelab tidak mungkin dapat diteruskan dengan cara ke Liga Kejuaraan ini. Sejujurnya saya mahu pemain mempunyai jiwa dan mentaliti yang bermain untuk Watford," ujar Ranieri.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!