PN akan berunding muktamad kerusi PRN Johor

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan rundingan dengan parti-parti anggota PN bagi memuktamadkan kerusi yang akan ditandingi selain akan memberi tumpuan kepada persiapan jentera parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah bersedia menghadapi PRN walaupun pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibuat tanpa perundingan dengan PN Johor.

"Sekiranya diberikan mandat oleh rakyat negeri Johor dalam pilihan raya ini, PN akan membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, prihatin rakyat dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Johor.

"Saya menyeru semua pengundi yang layak untuk mengundi dalam PRN Johor kali ini supaya keluar mengundi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau juga berharap SOP yang akan ditetapkan nanti adalah seimbang dari segi keutamaan untuk mencegah penularan Covid-19 dan memberi ruang kepada parti-parti politik untuk berkempen secara bebas, adil dan selamat.

"Saya juga mengalu-alukan semua pengundi baharu termasuk pengundi berumur 18 tahun ke atas yang akan mengamalkan hak demokrasi mereka sebagai pengundi buat pertama kali dalam PRN Johor. Tunaikanlah hak dan tanggungjawab anda secara bijaksana," katanya.

Artikel Berkaitan: