Semoga ALLAH beri kesembuhan, permudahkan urusan Tun M

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

BERITA sedih buat semua rakyat Malaysia apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dimasukkan ke pusat rawatan Institut Jantung Negara (IJN) sejak Khamis lalu.

Untuk rekod, ini kali kedua Tun M dimasukkan ke IJN pada tahun ini selepas 7 Januari lalu apabila menjalani prosedur perubatan elektif. Enam hari kemudian, beliau dibenarkan keluar hospital.

Sehingga artikel ini ditulis, keadaan negarawan dunia itu dilaporkan berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU). Difahamkan, sudah ramai pemimpin negara yang menziarahi beliau dan mendoakan agar segera sembuh.

Bagi mereka yang membesar ketika berada di bawah pimpinan Tun M seperti Merak Jalanan, sudah pasti banyak jasa-jasanya sukar dilupakan sehingga kini.

Sekadar mengimbas semula, Tun M merupakan Perdana Menteri yang paling lama menjawat jawatan itu iaitu selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003. Tun M kemudian dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri ketujuh pada tahun 2018.

Antara projek nasional dibuat ketika beliau menerajui negara ialah Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Malah, apabila Merak Jalanan pergi ke luar negara, nama Tun M dikenali rakyat negara luar, seolah-olah sudah sinonim dengan Malaysia.

Merak Jalanan berharap semoga ALLAH memberikan kesembuhan dan mempermudahkan urusan Tun M.

Artikel Berkaitan:

Ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan kesihatan Tun M bukan sahaja rakyat malah pemimpin-pemimpin utama negara.

Merak Jalanan juga percaya, rakyat Malaysia akan tetap kenang jasa Tun M terutama mereka yang membesar di zaman pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri keempat.