PBM pertimbang untuk letak calon dalam PRN Johor

Zakaria Abdul Hamid
Zakaria Abdul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan mempertimbangkan kesesuaian untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid berkata, Majlis Tertinggi akan membuat keputusan dalam masa terdekat termasuk opsyen bekerjasama dengan blok kerajaan sejajar dengan sokongan mereka.

Tambahnya, penyertaan PBM akan memberi ruang memperkenalkan dasar-dasar perjuangan parti melalui enam teras agenda.

“Antaranya, The Great Reset 2030 iaitu parti dengan kepelbagaian kaum, memperkasa wanita, mengangkat kepimpinan anak muda, penjanaan ekonomi, transformasi pendidikan dan peningkatan penguasaan sains teknologi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Zakarian berkata, walau bagaimanapun, PBM tetap bertegas bahawa tempoh pandemik Covid-19 dan kesan bencana banjir baru-baru ini bukan waktu kondusif untuk mengadakan pilihan raya sekarang.

“Bagaimanapun, demi kestabilan kerajaan negeri, PBM boleh berkompromi dengan keputusan Menteri Besar selepas mendapat perkenan Sultan Johor, untuk membubarkan DUN Johor bagi memberi laluan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan PRN Johor.

“Kompromi ini mensyaratkan prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya ketat perlu dikuatkuasakan seperti mana terpakai pelaksanaannya semasa PRN Negeri Melaka dan PRN Sarawak sebelum ini.

“PBM berharap semua parti yang akan bertanding memberi komitmen sepenuhnya dalam pematuhan SOP yang akan dikuatkuasakan oleh SPR,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: