UMNO tidak gentar pengundi muda bertambah di Johor

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan (kiri) yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Datuk Seri Syed Ibrahim Kader ketika sidang media selepas Program Retreat dan Gerak Gempur Jentera Pilihan Raya Negeri Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini.- Foto Bernama
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan (kiri) yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Datuk Seri Syed Ibrahim Kader ketika sidang media selepas Program Retreat dan Gerak Gempur Jentera Pilihan Raya Negeri Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU- Bilangan pengundi di negeri ini terus mencatatkan peningkatan sebanyak 28 peratus berikutan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas direkodkan selepas pendaftaran Undi 18 dilakukan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pertambahan pengundi muda itu menyebabkan jumlah keseluruhan pengundi di negeri ini meningkat kepada kira-kira 2.5 juta pengundi berbanding 1.8 juta pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, secara puratanya berlakunya pertambahan antara 20 hingga 30 peratus di kesemua 56 kawasan DUN di negeri ini.

"Kita sedia maklum mengenai perkara ini malah sudah bersedia untuk menghadapinya sebagai cabaran dalam kancah politik. Bahkan semua Ahli Parlimen sudah diberi taklimat mengenai jumlah pengundi diwartakan.

"Pendaftaran pengundi (Undi 18) termasuk pengundi pertama kali telah bermula sejak Disember lalu dan diwartakan pada 16 Januari ini.

"Jumlah pengundi itu akan bertambah setelah pendaftaran pengundi (Undi 18) diwartakan secara automatik dan akan dikemas kini setiap 16 hari bulan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Johor, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program retreat dan gerak gempur jentera Kongres Islam Muslim Malaysia (Kimma).

Hadir sama, Presiden Kimma, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, Setiausaha Agung Kimma, Hussain Jamal dan Pengerusi Kimma Johor, Datuk Anwar Sadat.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan sebelum ini meminda Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan had umur mengundi diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilakukan.

Dalam pada itu, Ahmad juga Ahli Parlimen Pontian menegaskan pertambahan pengundi terutama golongan muda perlu dilihat sebagai cabaran untuk parti yang bertanding.

"Ini tidak seharusnya menjadi isu kerana kami juga bersetuju dan menyokong perkara ini di Dewan Rakyat. Jadi, lambat lain Kita akan menghadapinya," jelasnya.