Patung Firaun Amenhotep III ditemui

Patung Firaun Amenhotep III ditemui di Luxor, Mesir baru-baru ini. - Foto Ministry of Tourism and Antiquities
Patung Firaun Amenhotep III ditemui di Luxor, Mesir baru-baru ini. - Foto Ministry of Tourism and Antiquities
A
A
A

KAHERAH - Sepasang batu kapur sphinx raksasa telah ditemui oleh ahli-ahli arkeologi yang menggali kuil Firaun Amenhotep III baru-baru ini.

Firaun Amenhotep III memerintah Mesir kuno kira-kira 3,300 tahun yang lalu dan merupakan datuk kepada Firaun Tutankhamun.

Patung-patung itu mempunyai ukiran firaun tersebut yang mempunyai hiasan kepala berbentuk cerpelai, janggut dan rantai leher.

Pasukan arkeologi Mesir-Jerman yang diketuai oleh Dr Horig Sorosian menemui patung-patung raksasa yang tenggelam di dalam air di bangunan pemakaman yang dikenal sebagai 'Kuil Berjuta-juta Tahun,' menurut Kementerian Pelancongan dan Barang Antik Mesir.

Kuil itu berada di Luxor, Mesir yang terkenal dengan penemuan khazanah Mesir tertua dan paling kuno.

Firaun Amenhotep III ialah datuk kepada Firaun Tutankhamun dan memerintah pada abad ke-14 sebelum Masihi di Mesir dan memimpin sebuah kerajaan besar yang terbentang dari Nubia di selatan sehingga Syria di utara.

Pemerintah Dinasti ke-18 itu menjadi raja ketika berusia kira-kira 12 tahun.

Firaun Amenhotep III meninggal dunia pada tahun 1,354 sebelum Masihi dan digantikan oleh anaknya, Firaun Amenhotep IV yang dikenali sebagai Firaun Akhenaten. - Agensi

Artikel Berkaitan: