Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor bermula

Kelihatan petugas media sudah mula berhimpun di hadapan Bangunan Pejabat UMNO Johor.
Kelihatan petugas media sudah mula berhimpun di hadapan Bangunan Pejabat UMNO Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor didakwa akan membincangkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula kira-kira jam 2.20 petang, pada Sabtu.

Mesyuarat diadakan di Pejabat UMNO Negeri Johor itu melibatkan kesemua bahagian UMNO dan dipengerusikan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Antara yang turut kelihatan di mesyuarat berkenaan adalah Naib Presiden UMNO yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Selain itu, turut hadir, Setiausaha UMNO Johor yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn.

Turut kelihatan, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Ketua UMNO Bahagian Labis, Azhar Ibrahim; Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed; Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Difahamkan, sidang media berkenaan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan akan dibuat Hasni sebaik selesai mesyuarat berkenaan.

Artikel Berkaitan: