Ubah sikap jika mahu kekal di kelompok empat teratas: Tuchel

Tuchel - Foto AFP
Tuchel - Foto AFP
A
A
A

CHELSEA perlu mengubah sikap menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Tottenham, esok sekiranya mahu terus kekal dalam kelompok empat teratas.

Perkara tersebut ditegaskan pengendali Chelsea, Thomas Tuchel selepas anak buahnya mempamerkan aksi hambar ketika seri 1-1 di Brighton Selasa lalu, sekali gus meletakkan mereka 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

"Saya dapat rasa yang emosi mula menguasai kami, mungkin kekecewaan, mungkin patah hati.

"Kami perlu memastikan yang kami berada dalam keadaan terbaik dan mempunyai minda berbeza berbanding sebelum ini, kerana tugas penting menanti kami pada Ahad," kata Tuchel.

Untuk rekod, Chelsea hanya berjaya menang sekali dalam tujuh perlawanan sejak dua bulan lalu yang menyaksikan hasrat The Blues untuk merebut kejuaraan semakin pudar.

Chelsea kini berada di tangga ketiga dengan mengumpul 44 mata dalam 23 perlawanan, manakala Spurs berada di tangga kelima dengan kurang empat perlawanan.

"Agak pelik melihat jadual liga ketika ini yang mana pasukan bertanding dalam kelompok sama tetapi bermain kurang empat perlawanan.

"Ia seolah memberi gambaran yang anda sedang mendahului tetapi sebaliknya tidak. Jadi kami perlu memastikan pasukan kekal berada di tempat yang sama," kata Tuchel.

Artikel Berkaitan: