X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Graduan farmasi didakwa kes tipu jual beli PS5

Bryan Tan Pei Er (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur oleh pihak polis bagi menghadapi pertuduhan kes menipu berhubung kes jual beli PS5, tahun lalu.
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang graduan jurusan farmasi di sebuah universiti swasta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas tujuh pertuduhan menipu tujuh individu berhubung pembelian PlayStation 5 (PS5) dengan kerugian RM30,608 tahun lalu.

Bryan Tan Pei Er, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan dua mahkamah berbeza.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali, pemuda itu didakwa menipu empat individu dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa tertuduh akan memberikan PS5 Disc Verison.

Sedangkan tertuduh mengetahui bahawa PS5 itu tidak diberikan kepada mereka.

Perbuatan itu telah mendorong semua mangsa itu menyerahkan RM10,230 kepada tertuduh dan melalui akaun bank milik tertuduh dan ibunya.

Dia turut berdepan satu pertuduhan memperdayakan seorang individu untuk menyerahkan wang RM68,800 ke akaun milik tertuduh dan ibunya, berhubung jual beli patung Bearbrick, yang mana diketahui bahawa patung tersebut tidak wujud.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Klang Lama, Jalan Damansara, Setapak, Sentul, Dang Wangi, Jalan Kuchai Lama dan Cheras di sini antara 28 Ogos hingga 7 November 2021.

Ia merupakan kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Majistret Wong Chai Sia, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan sama melibatkan dua individu lain membabitkan jumlah RM22,958.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Cheras dan Brickfield pada 26 Oktober dan 7 November 2021.

Dia boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama maksimum lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan mengikut dan Seksyen 420 kanun sama.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lyn dan G.Phulrani Kaur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM16,500 dan menetapkan 3 dan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pada 19 November 2021, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditahan berhubung kes memperdaya hampir 150 pembeli pratempahan konsol permainan PlayStation 5 (PS5) melibatkan kerugian hampir RM500,000.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!