Mangsa banjir Sungai Lui dibantu

Tengku Amir Shah (barisan tengah, lapan dari kiri) berkenan bergambar bersama jawatankuasa program dan pihak pengurusan UMW Toyota Motor di Sungai Lui, Hulu Langat pada Rabu.
Tengku Amir Shah (barisan tengah, lapan dari kiri) berkenan bergambar bersama jawatankuasa program dan pihak pengurusan UMW Toyota Motor di Sungai Lui, Hulu Langat pada Rabu.
A
A
A

HULU LANGAT - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Sungai Lui di sini.

Penyerahan sumbangan bantuan sempena misi bantuan pasca banjir itu dianjurkan UMW Toyota Motor dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS).

Pada majlis berkenaan, Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lui dan meluangkan masa bersama murid-murid.

Pengarah program misi bantuan tersebut, Mohd Shamsor Mohd Zain berkata, UMW Toyota Motor melakukan apa yang termampu untuk memberikan sokongan diperlukan oleh komuniti.

Mohd Shamsor
Mohd Shamsor

Menurutnya, kerja-kerja pasca banjir juga mencabar apabila fokus lebih tertumpu kepada aktiviti pembersihan rumah, pembuangan sisa-sisa sampah dan pemulihan semula infrastruktur.

Artikel Berkaitan:

“Kami berharap dengan kehadiran kami dan pasukan YRMS dapat meringankan beban mangsa banjir yang terjejas pada bulan Disember lalu.

Tengku Amir Shah (tengah) diiringi Ravindran (kiri) berkenan menyampaikan sumbangan kepada Azril yang mewakili SK Sungai Lui di Hulu Langat pada Rabu.
Tengku Amir Shah (tengah) diiringi Ravindran (kiri) berkenan menyampaikan sumbangan kepada Azril yang mewakili SK Sungai Lui di Hulu Langat pada Rabu.

“Kami juga berharap dengan sumbangan yang diberikan dapat memberi harapan, semangat dan sinar baharu kepada anak-anak di sekolah ini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Shamsor berkata, pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam akan dijadikan Pusat Komunikasi Kawalan Banjir atau ‘command centre’ berfungsi sebagai pusat agihan bantuan jika berlaku banjir besar di masa depan.

Menurutnya, ‘command centre’ itu akan menjadi tempat selamat untuk orang awam berlindung, meletak kenderaan secara percuma dan pusat untuk menghantar dan menyelaraskan barangan bantuan sebelum diagihkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Mohd Shamsor mengucapkan terima kasih kepada YRMS, Selangor Youth Community dan Persatuan Bola Sepak Selangor yang banyak membantu dan menyokong UMW Toyota Motor dalam menjayakan program berkenaan.