X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

TH beri kerjasama kepada RCI

TH akan memberi kerjasama sepenuhnya berdasarkan lunas perundangan terhadap proses RCI. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberi kerjasama sepenuhnya berdasarkan lunas perundangan terhadap proses Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Isu Pengurusan dan Operasi Tabung Haji serta memastikan perkhidmatan dan operasi harian berjalan lancar seperti biasa.

Pengarah urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin dalam kenyataan pada Khamis berkata, hasil dapatan dan pandangan daripada ahli RCI akan dapat membantu menambah baik aspek tadbir urus dan pengurusan TH pada masa depan.

"Operasi harian, aktiviti pelaburan dan perkhidmatan yang disediakan TH kepada para pendeposit tetap berjalan seperti biasa. TH juga yakin, hasil dapatan dan pandangan daripada ahli-ahli RCI akan dapat membantu menambah baik aspek tadbir urus dan pengurusan TH pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar dalam kenyataan sama berkata, proses RCI itu akan menguatkan lagi TH sebagai suatu institusi kewangan Islam negara dan antarabangsa.

Kenyataan itu memaklumkan sokongan dan kepercayaan masyarakat amat penting untuk TH meneruskan mandatnya sebagai institusi kewangan yang menyediakan kemudahan bagi umat Islam negara menyimpan wang untuk mengerjakan ibadat haji.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi TH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Seri Paduka Baginda turut memperkenankan pelantikan enam ahli RCI itu, diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Raus Sharif, sebagai Pengerusi. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!