Ronaldo berang perkara biasa

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

PENGENDALI sementara Manchester United, Ralf Rangnick menyifatkan reaksi Cristiano Ronaldo yang kelihatan berang ketika dibawa keluar semasa kemenangan 3-1 ke atas Brentford awal pagi tadi adalah perkara biasa.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Komuniti Brentford, Harry Maguire dimasukkan pada minit ke-71 menggantikan Ronaldo selepas Rangnick mengambil keputusan untuk bermain dengan bek berlima bagi mengelak daripada dibolosi lawan.

Selepas digantikan, kamera sempat merakam aksi Ronaldo yang melemparkan kotnya sebaik sahaja pemain berusia 36 tahun keluar dari padang dan Rangnick dilihat berbual dengan itu tidak lama kemudian.

"Ia merupakan perkara biasa kerana sebagai seorang penyerang sudah tentu dia mahu menjaringkan gol.

"Dia (Ronaldo) kembali beraksi selepas mengalami kecederaan ringan dan pada saya adalah sangat penting untuk memastikan dia cergas kerana kami mempunyai satu lagi perlawanan penting dalam beberapa hari.

"Selepas apa yang berlaku di Aston Villa, saya mengambil keputusan untuk bermain dengan bek berlima. Walaupun kami dibolosi tetapi kami berjaya mengelakndaeipada oerkara lain terjadi," kata Rangnick.

Pada aksi tersebut, United terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Anthony Elanga pada awal babak kedua permainan sebelum Mason Greenwood dan Marcus Rashford manakala The Bees berjaya mendapatkan gol saguhati menerusi Ivan Toney lima minit sebelum tamat permainan.

"Separuh masa pertama kami tidak begitu bagus dalam semua perkara. Jadi sudah tentu kami harus melakukan beberapa perubahan.

Artikel Berkaitan:

"Namun pada babak kedua kami lebih berkesan, kami melakukan serangan dan memberi tekanan kepada lawan," kata Rangnick.

Kemenangan tersebut Red Devils kini berada di tempat ke tujuh dalam carta liga, dua mata ketinggalan daripada pasukan di kelompok empat teratas ketika mereka memburu kelayakan bagi saingan Liga Juara-Juara, musim depan.