X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

PM arah percepat fasa 2 sistem amaran banjir

Ismail Sabri pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi yang bertanggungjawab untuk mempercepatkan pembangunan Fasa Ke-2 Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang diuruskan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Ismail Sabri berkata, fasa tersebut merangkumi 38 lembangan sungai utama seluruh negara bagi membolehkan ramalan awal banjir yang lebih tepat dikeluarkan.

"Dari segi hebahan kepada orang awam, kaedah terbaik dan terpantas untuk mengeluarkan amaran awal dan arahan bersedia khususnya kepada penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir perlu ditambah baik, misalnya menggunakan aplikasi WhatsApp, 'push notification' melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Penghasilan visual simulasi banjir, infografik dan sebagainya juga perlu diberi perhatian yang boleh disebarluaskan melalui media masa dan media sosial,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Khas Parlimen Ke-14 Penggal Keempat di Dewan Rakyat pada Khamis.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, penggunaan teknologi retort ataupun makanan sedia dimakan (meals ready to eat) juga akan digunakan bagi tujuan edaran kepada mangsa banjir kerana kaedah pembungkusan itu lebih tahan lama dan kalis air.

Dalam pada itu beliau turut menggesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap peringkat untuk mahir dan memainkan peranan masing-masing selaras Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20.

"Sudah tiba masanya kita juga memperkasa peranan dan sumbangan organisasi masyarakat sivil (CSO) dalam pengurusan bencana serta mengalu-alukan penglibatan mereka.

"Penglibatan CSO secara terselaras dapat melancarkan lagi proses penyampaian bantuan kepada mereka yang terjejas,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!