X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Banjir besar: Ada pihak tidak endah amaran MetMalaysia

A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan ada pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana tidak mengendahkan amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2021/2022.

Perdana Menteri berkata, sebanyak enam kali amaran cuaca signifikan yang menyebabkan hujan lebat dikeluarkan jabatan tersebut namun perkara itu didakwa hanya mengandaikan negeri di Pantai Timur Semenanjung sahaja yang akan terjejas akibat banjir.

"Persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh juga banyak tertumpu di Pantai Timur dan banjir luar biasa di Selangor merupakan bencana luar jangkaan banyak pihak," katanya pada Mesyuarat Khas Parlimen Ke-14 Penggal Keempat di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ismail Sabri memberitahu, banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu ekoran jumlah purata hujan luar biasa iaitu 380 mililiter menyamai jumlah purata taburan hujan bagi tempoh sebulan dan pada masa sama air pasang menyebabkan keadaan bertambah buruk.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!