X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Enam ahli RCI dilantik siasat isu pengurusan, operasi TH

Enam ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dilantik bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seramai enam ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dilantik bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa Khamis hingga 19 Julai depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Udang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelantikan itu dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, antara yang dilantik ialah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif sebagai pengerusi; bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Pengasas RHB Group, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid.

“Turut dilantik, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim merangkap Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan akauntan bertauliah merangkap Timbalan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon.

“Mereka yang dilantik ini terdiri daripada tokoh yang berwibawa, mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing iaitu kehakiman, perkhidmatan awam, pentadbiran, ekonomi, kewangan, pelaburan, pasaran modal, perbankan, kewangan Islam dan perakaunan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Wan Junaidi berkata, mereka yang dipilih juga bebas dan tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan TH bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan telus, adil dan saksama serta mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Dalam pada itu, berkata berkata, penubuhan RCI itu juga dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

“Justeru, suruhanjaya ini diberikan tempoh selama enam bulan bagi melaksanakan siasatan dan menyediakan laporan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!