SEARCCT fokus pertingkatkan kebingkasan belia

No Image Caption
A
A
A

Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan beri pendedahan isu keganasan dan radikalisasi

Seringkali, belia disasarkan oleh kumpulan pengganas bagi tujuan radikalisasi terutamanya di platform- platform digital.

Ini kerana belia adalah populasi tertinggi di platform digital seperti media sosial, online gaming, dan sebagainya.

Golongan ini adalah kelompok bermotivasi tinggi yang ingin melakukan perubahan positif bagi kesejahteraan bersama.

Kemahiran belia di dunia digital dan hubungan antara rakan sebaya dapat diperkasakan untuk kebaikan bersama.

MENTERI LUAR, DATUK SERI SAIFUDDIN ABDULLAH

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Sebagai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama, kita mesti berusaha ke arah hidup bersama dalam budaya damai ( peaceful co-existence), sekali gus menyempit ruang kepada extremis dan retorik kebencian yang cuba memecahbelahkan kita.

SEARCCT memainkan peranan yang penting dalam usaha pencegahan keganasan di Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang berkesan dalam meningkatkan kesedaran berkenaaan kepentingan kesepaduan dan kebingkasan komuniti, terutamanya di kalangan belia."

No Image Caption

Untuk itu, SEARCCT telah menganjurkan pelbagai program bagi mempertingkatkan kebingkasan masyarakat negara ini terutamanya golongan belia supaya lebih peka dengan isu-isu keganasan ini.

Antara program berkenaan ialah Building and Enhancing Stories Through Narratives By Youth to Enhance Resilience (BESTNYER)

Bengkel yang diadakan secara dalam talian telah berlangsung pada 6 hingga 8 April 2021 lalu dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya ekstremisme ganas dan radikalisasi.

Di samping itu juga bengkel berkenaan memberikan pemahaman yang komprehensif dan pengetahuan praktikal tentang cara melindungi diri mereka serta rakan sebaya daripada pengaruh kumpulan pelampau ganas melalui beberapa siri kuliah atau aktiviti kumpulan.

Penganjuran bengkel BESTNYER itu juga bagi menyediakan platform kepada belia untuk menyuarakan pandangan mereka dalam persekitaran yang selamat, di mana keraguan dan ketidakpastian mereka boleh dijawab oleh pakar subjek dari SEARCCT serta penceramah luar.

Bengkel berkenaan merupakan kolaborasi SEARCCT bersama: Centre for Internship Training and Academic enrichment (CITrA), Universiti Malaya dan disertai oleh para pelajar prasiswazah IPTA.

KETUA PENGARAH SEARCCT, DATUK GANESON SIVAGURUNATHAN

No Image Caption

"Dalam usaha memerangi keganasan, adalah amat penting bagi kita mempertingkatkan pendekatan keseluruhan masyarakat - daripada sektor awam kepada sektor swasta, serta organisasi masyarakat sivil dan kumpulan berkepentingan lain seperti belia, kumpulan wanita, pemimpin masyarakat dan sebagainya.

“Belia adalah antara rakan kerjasama kami yang amat mustahak dan kami sentiasa terbuka kepada idea-idea inovatif serta input yang bernilai daripada mereka yang dapat membantu dalam usaha kami membanteras ancaman keganasan."

No Image Caption

Manakala program ketika pula juga bengkel dalam talian iaitu Common Identity: Values For An Inclusive and Cohesive Society’ (CIVICS 1.0) dan berlangsung pada 9-10 November 2021.

Bengkel ini berobjektif untuk meningkatkan kesedaran para belia berhubung ancaman keganasan ekstremisme dan radikalisme serta memupuk kepentingan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Para peserta yang terdiri daripada pelajar IPTA seluruh di negara didedahkan dengan aspek bagi membangunkan naratif balas/alternatif dan program berunsur "Preventing & Countering Violent Extremism" (P/CVE) masa hadapan yang ditujukan kepada kumpulan belia.

No Image Caption

Pada bengkel berkenaan juga, peserta diberikan pengetahuan untuk menghasilkan hubungan kerjasama di antara pihak SEARCCT dengan para peserta untuk menghasilkan naratif-naratif balas bertemakan Kebingkasan Komuniti (‘Community Resilience’) yang dikongsi di platform media sosial.

Program ketiga pula adalah Technology and Innovation in Building & Enhancing Resilience’ (TIBER) yang dilangsungkan secara bersemuka bertempat di Seri Pacific Hotel pada 11 November 2021, membabitkan para pelajar IPTA sekitar Lembah Klang.

No Image Caption

Program secara ini bertujuan untuk uembangunkan naratif balas/alternatif yang bertemakan Kebingkasan Digital (‘Digital Resilience’) bagi perkongsian di platform digital dengan kerjasama para belia.

SEARCCT

Sebuah agensi kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Luar Negeri Malaysia yang dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai 2003 bagi meningkatkan inisiatif – inisiatif strategik bagi tujuan pencegahan keganasan dan ekstremisme ganas.

Visi SEARCCT

Ke arah komuniti yang kuat dalam menangani keganasan dan ekstremisme ganas.

Misi SEARCCT:

• Meningkatkan kecekapan serantau dalam memerangi keganasan melalui program peningkatan keupayaan yang berkualiti & komprehensif;

• Menjalankan & menerbitkan penyelidikan di bidang keganasan & kontra-keganasan yang penting; Melaksanakan inisiatif pendekatan lembut yang berkesan untuk mengatasi ekstremisme melalui komunikasi strategik;

• Meningkatkan kesedaran orang ramai & menyebarkan maklumat mengenai ancaman keganasan & langkah-langkah yang diambil untuk membanterasnya; DAN

• Menjalinkan & mengukuhkan perkongsian strategik di peringkat tempatan & antarabangsa.