X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Empat sekeluarga nyaris maut diserang gajah naik minyak

Seekor gajah menterbalikkan sebuah kenderaan di Taman Taman Wetland iSimangaliso, Afrika Selatan baru-baru ini. - Foto YouTube/ Zululand Observer
A
A

CAPE TOWN - Seekor gajah yang bersaiz besar dan sedang marah bertindak menolak sebuah kenderaan yang dinaiki empat beranak sehingga terbalik di Taman Wetland iSimangaliso, wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan baru-baru ini.

Rakaman kejadian itu dilakukan oleh seorang penumpang di dalam sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menunjukkan mamalia bergading berkenaan melakukan perbuatan tersebut.

Tiada apa yang boleh dilakukan oleh penumpang tersebut.

SUV yang berada di belakang kenderaan yang terbalik itu hanya membunyikan hon untuk cuba mengalih perhatian gajah seberat 6,000 kilogram (kg).

Selesai menterbalikkan kenderaan itu, gajah tersebut kemudian berjalan dengan tenang.

Ketika kejadian, satu pasangan ibu dan bapa bersama dua anak mereka berusia lapan serta 10 tahun berada di dalam kenderaan tersebut sehingga renjer taman berkenaan tiba di tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, tiada yang cedera parah dalam kejadian itu. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!