Honda Asia-Dream Racing dan Showa jalin kerjasama


Team Honda Asia-Dream Racing dan Showa bersama jentera perlumbaan CBR1000RR SP2 pada pusingan pertama Kejohanan Perlumbaan Jalan FIM Asia 2019 di Malaysia baru-baru ini.
Team Honda Asia-Dream Racing dan Showa bersama jentera perlumbaan CBR1000RR SP2 pada pusingan pertama Kejohanan Perlumbaan Jalan FIM Asia 2019 di Malaysia baru-baru ini.
A
A
A

HONDA Group of Companies di Asia & Oceania mengumumkan Showa Corporation, pengeluar sistem suspensi automotif dan motosikal sebagai penaja rasmi pasukan Honda Asia-Dream Racing.

Dengan kerjasama itu, nama pasukan dikenali secara rasmi sebagai Honda Asia-Dream Racing with Showa.

Jenama Showa memang terkenal dengan penghasilan produk suspensi berkualiti tinggi yang disediakan untuk pengeluar motosikal dan automotif utama dunia.

Pasukan Honda Asia-Dream Racing with Showa dianggotai kakitangan tertinggi anak syarikat Honda dan pasukan perlumbaan lain di rantau Asia & Oceania. Ia diketuai bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada selaku pengurus pasukan.

Zaqhwan Zaidi
PELUMBA jentera CBR1000RR SP2, Zaqhwan Zaidi.
Zaqhwan Zaidi PELUMBA jentera CBR1000RR SP2, Zaqhwan Zaidi.

Manakala Zaqhwan Zaidi dari Malaysia menjadi pelumba jentera CBR1000RR SP2. Pasukan itu akan bersaing dalam kelas Asia Superbike 1000cc pada Kejohanan FIM Asia Road Racing 2019 di samping dua lagi perlumbaan iaitu kelas Japan Superbike 1000cc dan Suzuka 8-hour Endurance Race 2019.

Dengan kerjasama Honda dan Showa Corporation, pasukan berazam untuk memberikan keputusan lebih baik, berusaha untuk mempersembahkan hasil perlumbaan terbaik dan merealisasikan impian untuk mempunyai pasukan perlumbaan bertaraf dunia.

Artikel Berkaitan: