PDRM guna peruntukan Bajet 2022 bagi pembaikan segera IPD Putrajaya

Keadaan di IPD Putrajaya yang dimuat naik Dr Maszlee.
Keadaan di IPD Putrajaya yang dimuat naik Dr Maszlee.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan peruntukan penyelenggaraan yang telah diluluskan dalam Bajet 2022 bagi membaiki kerosakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya mengambil maklum isu tular di media sosial berkaitan keadaan di IPD Putrajaya yang mengalami kerosakan infrastruktur.

"Sebelum ini satu lawatan pemeriksaan Facility Condition Assessment (FCA) di IPD berkenaan oleh Cawangan Selenggara Fasiliti Bangunan Jabatan Kerja Raya Malaysia bersama wakil Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 8 November 2021.

"Lawatan tersebut telah mengenal pasti maklumat kerosakan untuk menentukan skop kerja-kerja yang diperlukan iaitu pembaikan penggantian dan pemulihan di IPD berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Sabtu, tular isu di media sosial berkaitan keadaan infrastruktur di IPD Putrajaya yang memaparkan kerosakan pada siling dan kerusi yang uzur.

Keadaan tersebut dimuat naik oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik selepas merakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini pada Jumaat.

Maszlee mengambil masa kira-kira 20 minit merakam keterangan berhubung penyerahan memorandum oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) kepada SPRM baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: