Inilah wajah hero-hero kita!

Antara doktor yang bertugas tanpa henti di pusat saringan.
Antara doktor yang bertugas tanpa henti di pusat saringan.
A
A
A

SEJAK tercetusnya pencemaran kimia di Sungai Kim Kim 7 Mac lalu, semua pihak berhempas pulas, membanting tulang demi menyelamatkan setiap nyawa yang ada.

Ini bukan perkara main-main, apabila angka mangsa yang terkesan dengan pencemaran tersebut terus meningkat.

Ada yang pengsan, menangis malah ada yang datang diusung, dipapah, ditolak dengan kerusi roda.

Ini perkara serius!

Siapa sangka sikap tidak bertanggungjawab pihak yang membuang sisa kimia ke dalam sungai minggu lalu memberi kesan ke seluruh kawasan Pasir Gudang.

Semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa, majlis perbandaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis, Diraja Malayaia, Angkatan Pertahanan Awam, doktor, jururawat, sukarelawan NGO-NGO bersengkang mata setiap hari sehingga hari ini.

Jururawat bertugas makan di salah satu sudut sebelum kembali bertugas.
Jururawat bertugas makan di salah satu sudut sebelum kembali bertugas.

Melalui perkongsian gambar Abdul Hafiz Abdul Rahman yang diciap @999Malaysia, ternyata terpampang keperitan di wajah petugas-petugas.

Makan tidak mengira tempat asalkan perut dapat diisi.

Artikel Berkaitan:

Baring hanya seketika untuk memperbetulkan urat-urat badan.

Pejam mata bukan untuk lena, hanya menikmati peluang berehat seketika.

Makan dan rehat sudah pasti terpaksa mencuri-curi masa di kala mangsa yang datang untuk mendapatkan rawatan bertali arus, tidak putus-putus dari pagi sampai ke malam.

Di mana ada ruang pastinya disuapkan nasi buat tambah tenaga, dilentokkan kepala bagi merehatkan diri sebelum kembali bertarung.

Kami yang memandang petugas di pusat saringan Dewan Komuniti Taman Pasir Putih pun terasa penatnya, apatah lagi mereka sendiri yang bertugas tanpa putus-putus ini.

No Image Caption

Semoga setiap titik peluh, lelah tuan, puan dikurniakan kebaikan oleh ALLAH SWT.

Terima kasih sekali lagi menyelamatkan Pasir Gudang.

Teruskan berdoa semoga urusan pembersihan Sungai Kim Kim yang telah bermula berjalan lancar.

“Jutaan terima kasih di atas jasa kalian semua yang membantu tanpa henti akan penduduk Pasir Gudang.

“Hanya ALLAH SWT sahaja dapat membantu kalian semua. Jutaan Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bencana kimia ini,” ciap @999Malaysia.