X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Pelajar tahfiz, mekanik maut motosikal bertembung sesama sendiri

Mayat salah seorang mangsa kemalangan di Kampung Pangkal Kala, Pasir Mas diangkat untuk dibedah siasat di hospital pada Ahad.
A
A

PASIR MAS - Seorang mekanik dan pelajar tahfiz maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri dalam kemalangan di Kampung Pangkal Kala, di sini, pada malam Ahad.

Kejadian berlaku pada jam 10.31 malam itu mengorbankan pelajar tingkatan empat, Muhammad Amirul Hakim Abdullah, 17, serta, mekanik, Mohd Aizat Abdul Ghani, 22.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebelum kejadian, Mohd Aizat menunggang motosikal jenis Honda C70 dari arah Gelang Mas menghala Bunut Susu, manakala Muhammad Amirul Hakim menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian di Jalan Besar Kampung Pangkal Kala, Pasir Mas, kedua-dua motosikal ini dipercayai bertembung di tengah-tengah laluan berdasarkan serpihan komponen motosikal yang berada di atas jalan.

“Akibat daripada pertembungan itu, kedua-dua mangsa terjatuh di tengah-tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Keadaan motosikal ditunggang pelajar tahfiz, Muhammad Amirul Hakim yang rosak teruk selepas bertembung dengan sebuah motosikal lain.
Keadaan motosikal ditunggang pelajar tahfiz, Muhammad Amirul Hakim yang rosak teruk selepas bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian kedua-dua penunggang motosikal yang menunggang dalam keadaan laju di lokasi kemalangan yang gelap dan lurus.

“Mereka mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Kemalangan berkenaan disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!