X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Penjawat awam, suami ditahan edar dadah

Sebahagian air ketum dan dadah dirampas dalam serbuan itu.
A
A

MELAKA - Polis menahan seorang penjawat awam dan suami dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di sebuah rumah di Pulau Gadong di sini, pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.50 tengah malam.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut polis merampas dadah disyaki syabu seberat kira-kira 42 gram dan empat biji pil disyaki yaba bernilai lebih RM4,200.

"Siasatan mendapati dadah itu diedarkan untuk pasaran tempatan dan suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak sebulan lalu.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah Methamphetamine manakala isterinya negatif," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semakan juga mendapati suami wanita itu yang bekerja sebagai buruh mempunyai dua rekod lampau membabitkan kesalahan dadah.

"Kedua-dua mereka kini direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Menurut beliau, seramai empat penjawat awam ditahan di Melaka selepas disyaki terbabit dengan dadah dalam tempoh 1 hingga 16 Januari tahun ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!