Kapasiti kargo dijangka meningkat lima peratus

Ka Siong diberi taklimat sempena lawatan kerja beliau ke Pelabuhan Kuantan di sini pada Ahad.
Ka Siong diberi taklimat sempena lawatan kerja beliau ke Pelabuhan Kuantan di sini pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Kapasiti pengendalian kargo di Pelabuhan Kuantan dijangka kembali meningkat dengan sasaran lima peratus tahun ini berbanding 22.9 juta tan yang direkodkan tahun lalu selepas mengambil kira perkembangan positif kemasukan pelaburan ketika ini.

Pengendalian kargo di pelabuhan itu terjejas tahun lalu dengan penurunan sebanyak 16.2 peratus berbanding tahun 2020 sebanyak 27.3 juta tan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, secara keseluruhannya Pelabuhan Kuantan mampu menampung sehingga 50 juta tan kargo setahun melalui pembinaan Terminal Laut Dalam (NDWT) fasa pertama yang mula beroperasi pada 2018.

Menurutnya, pada 2019 pengendalian kargo meningkat sebanyak 4.5 peratus.

"Pelabuhan Kuantan mempunyai potensi yang cukup besar kerana pembangunan pesat kawasan sekitarnya termasuk kewujudan industri berskala besar di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).

"Sudah tentu ia memerlukan satu perancangan strategik memandangkan pihak Konsortium Pelabuhan Kuantan (KPC) dan kerajaan Pahang sedang menarik pelaburan asing untuk melabur di MCKIP.

"Mengambil kira potensi kemasukan pelaburan luar di kawasan itu, Pelabuhan Kuantan perlu dinaik taraf melalui pembinaan dermaga baharu sepanjang satu kilometer di bawah perancangan pembangunan fasa dua dengan peningkatan kapasiti kargo sehingga 20 juta tan setahun," katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerja beliau ke Pelabuhan Kuantan pada Ahad.

Sempena lawatan itu, beliau turut melancarkan Polisi Hijau Pelabuhan Kuantan 2021-2030.

Artikel Berkaitan:

Ka Siong menyempurnakan gimik pelancaran Polisi Hijau Pelabuhan Kuantan 2021-2030 di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan di sini ada Ahad.
Ka Siong menyempurnakan gimik pelancaran Polisi Hijau Pelabuhan Kuantan 2021-2030 di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan di sini ada Ahad.

Turut hadir Pengerusi Pelabuhan Kuantan,Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

"Melalui kemampuan sedia ada dan perancangan fasa kedua serta ketiga itu, dijangka jumlah kapasiti keseluruhan kargo di Pelabuhan Kuantan mampu mencapai 90 juta tan setahun," katanya.

Sementara itu, beliau menyambut baik pelaksanaan Polisi Hijau Pelabuhan Kuantan 2021-2030 yang disifatkan tepat pada waktunya.

Menurutnya, beberapa inisiatif diambil termasuk penggunaan jentera 'rubber tyred gantry' secara hibrid untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar selain pengawalan kenderaan ke kawasan pelabuhan, pembekalan tenaga elektrik kepada kapal berlabuh dan penjanaan tenaga solar.

"Selain itu penggunaan 'conveyor belt' dari Pelabuhan Kuantan ke kilang satu usaha yang baik dan mampu meningkatkan produktiviti tanpa perlu bergantung kepada lori-lori yang besar dan sistem itu perlu diperluaskan.