Kepala pemain terkena objek, derbi Sevilla-Betis ditangguh

Jordan terbaring selepas dibaling objek dari tempat penonton.
Jordan terbaring selepas dibaling objek dari tempat penonton.
A
A
A

PERTEMBUNGAN Piala Sepanyol antara seteru Sevilla dan Real Betis ditangguh pada Sabtu selepas kepala pemain Sevilla, Joan Jordan terkena balingan objek yang dilemparkan dari tempat duduk penonton.

Tayangan semula video menunjukkan objek berbentuk tiang mengenai kepala Jordan beberapa saat selepas Nabil Fekir menyamakan kedudukan untuk tuan rumah Betis untuk seri 1-1 pada pusingan 16 terakhir di Estadio Benito Villamarin.

"Perlawanan ditangguhkan selepas Joan Jordan terkena objek yang dilemparkan dari tempat duduk penonton.

Kami akan memberikan anda maklumat terkini," tulis Sevilla di media sosial kelab.

Alejandro Gomez terlebih dulu meletakkan Sevilla di hadapan pada minit ke-35, namun pendahuluan itu hanya bertahan empat minit sebelum Fekir menyamakan kedudukan.

Tayangan semula video menunjukkan Jordan terkena balingan dari belakang sebelum rebah ke tanah sambil memegang kepalanya, walaupun laporan selepas itu menyatakan dia kemudian dapat berdiri ketika menerima rawatan perubatan.

Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mengumumkan bahawa perlawanan berintensiti tinggi itu ditangguh menambah:"RFEF mengutuk sebarang tindakan keganasan di atas padang."

Artikel Berkaitan: