Ada warga tempatan jadi pemburu harimau: Perhilitan

A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tidak menafikan terdapat penglibatan warga tempatan sebagai pemburu haram hingga menyumbang kepada kepupusan Harimau Malaya atau Harimau Belang (Panthera tigris jacksonii).

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, jumlah terbaharu Harimau Malaya yang direkodkan ada di hutan negara kurang daripada 150 ekor sekali gus mencatatkan penyusutan yang ketara.Beliau berkata, pihaknya tidak dinafikan terdapat penglibatan warga tempatan dalam kegiatan pemburuan spesis haiwan ini.

"Harimau Malaya merupakan lambang keberanian, kekuatan dan kebanggaan negara."Ia boleh dilihat pada Jata Negara, logo pasukan bola sepak kebangsaan, simbol pada kenderaan pertama negara iaitu Proton, perbankan (Malaya Banking - Maybank) dan banyak lagi."Bagi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam trend pengurangan drastik populasi Harimau Malaya, ingatlah bahawa anda adalah pengkhianat negara dan perompak khazanah paling bernilai di negara kita," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Mengulas lanjut, Abdul Kadir berkata, Harimau Malaya adalah satu-satunya subspesies harimau yang ada di dunia ini dan mendiami hutan di Semenanjung Malaysia.Menurutnya, mereka yang terlibat dalam jenayah ini disifatkan sebagai individu tamak yang secara tidak langsung telah menurunkan bilangan hidupan liar itu di hutan negara."Kami akan teruskan penguatkuasaan untuk membanteras sebarang bentuk jenayah hidupan liar dan mempertahankan spesies hidupan liar di Malaysia terutamanya spesies Harimau Malaya dari terus menjadi mangsa pemburuan dan ancaman kepupusan."Justeru masyarakat diminta untuk salurkan maklumat sekiranya mengesan pembabitan mana-mana pihak dalam kegiatan membabitkan pemburuan haram," jelasnya.Abdul Kadir berkata, pihaknya tidak akan berhenti untuk membanteras penjenayah hidupan liar ini."Ia menjadi satu amaran yang jelas kepada mana-mana individu yang ingin terus menjalankan aktiviti pemburuan haram hidupan liar agar dapat menghentikan aktiviti terbabit atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang tegas daripada pihak kerajaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: