Wanita maut ditikam anak sendiri

Hasil siasatan mendapati, suspek bergaduh dengan ibunya sebelum menyerang mangsa. - Gambar hiasan
Hasil siasatan mendapati, suspek bergaduh dengan ibunya sebelum menyerang mangsa. - Gambar hiasan
A
A
A

SEORANG wanita maut selepas ditikam anak sendiri sebanyak sembilan kali dalam pergaduhan di sebuah rumah di Tuscon, Amerika Syarikat.

Menurut polis, Isaiah Ainuu, 13 tahun, mengaku menyerang Mary Ainuu, 60 tahun, dengan pemberat senaman pada bahagian kepala sebelum menikamnya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam waktu tempatan pada Selasa.

Mary dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, kata polis dalam satu kenyataan memetik laporan agensi berita KGUN.

"Petugas kecemasan yang dikerah ke tempat kejadian memberitahu, suspek melarikan diri selepas menikam ibunya.

"Hasil siasatan mendapati, suspek bergaduh dengan ibunya sebelum menyerang mangsa. Tiada individu lain di tempat kejadian ketika itu," kata kenyataan itu.

Polis kemudian berjaya mengesan suspek dan dia kini ditahan di Pusat Tahanan Juvana Daerah Pima sebelum didakwa di mahkamah kerana membunuh. - Awani

Artikel Berkaitan: