Gabenor California tolak parol pembunuh Robert F Kennedy

Pembunuhan dilakukan Sirhan terhadap Senator Kennedy adalah antara jenayah paling terkenal dalam sejarah Amerika
Pembunuhan dilakukan Sirhan terhadap Senator Kennedy adalah antara jenayah paling terkenal dalam sejarah Amerika
A
A
A

WASHINGTON - Gabenor California Gavin Newsom berkata, beliau menolak permohonan parol Sirhan Sirhan, yang membunuh bekas calon presiden Robert F. Kennedy pada 1968, lapor Sputnik.

"Pembunuhan dilakukan Sirhan terhadap Senator Kennedy adalah antara jenayah paling terkenal dalam sejarah Amerika," tulis Newsom dalam artikel peribadinya (op-ed) dan diterbitkan dalam L.A. Times pada Khamis.

"Selepas berdekad dalam penjara, Sirhan gagal mengatasi kekurangan yang menyebabkan dia membunuh Senator Kennedy.

Sirhan tidak mempunyai wawasan untuk mencegah dirinya daripada membuat keputusan berbahaya seperti masa lalu."

Newsom berkata Robert F. Kennedy merupakan idola sepanjang hayatnya.

Dua anggota panel parol negeri, mengesyorkan Sirhan diberi pembebasan bersyarat selepas dua anak Robert F. Kennedy menyokong keputusan itu.

Robert F. Kennedy dibunuh kira-kira lima tahun selepas abangnya Presiden John F. Kennedy yang turut dibunuh di Dallas.

Robert F. Kennedy berkempen menamatkan Perang Vietnam dan dianggap sebagai calon utama jawatan presiden. - Bernama

Artikel Berkaitan: