Sila log masuk terlebih dahulu.

Bekas calon BN dituduh memperdaya mangsa berhubung jual beli aset yang tidak wujud

A
A
A

BERITA SEMASA 23 JUN 2023

Bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat atas 77 pertuduhan memperdaya mangsa berhubung jual beli tanah dan rumah yang tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM350,000, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Hamidah Muhamad yang mewakili parti Makkal Sakti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di kamar berasingan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan dua penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264925/berita/semasa/bekas-calon-bn-didakwa-77-tuduhan-perdaya-jual-tanah-rumah

Muzik: www.bensound.com