Sila log masuk terlebih dahulu.

Calon MB Kelantan, Amanah serah pada BN tentukan

A
A
A

BERITA MOJO 24 JUN 2023

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Khalid Abdul Samad menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon Menteri Besar jika gabungan Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Beliau berkata, tindakan itu tepat apabila BN dilantik sebagai ketua selepas membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan dengan Pas pada PRN itu nanti.

"Untuk PRN Kelantan, BN akan 'lead' secara keseluruhan walaupun kita ada bertanding di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Bagaimanapun, semua perkara itu akan dibincangkan kemudian," katanya semasa sidang akhbar di Pejabat Amanah Kelantan pada Sabtu.

Artikel berkaitan: http://bitly.ws/JrGb

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian