X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

'Unboxing' isteri: Haram dedah hubungan intim suami isteri - Mufti

Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
A
A

GEORGETOWN - Tindakan segelintir pasangan suami isteri yang tidak segan silu membuat video 'unboxing isteri' jelas menunjukkan orang Islam di negara ini sudah hilang sifat malu.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sedangkan agama Islam amat menitikberatkan sifat malu dalam kalangan umatnya.

"Perasaan malu menurut beberapa hadis Nabi SAW dianggap sebagai anak kunci syurga. Sifat ini juga merupakan tiang seri bagi akhlak terpuji yang mampu memelihara iman seorang Muslim dan mencegahnya daripada melakukan maksiat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Baru-baru ini, tular dalam aplikasi TikTok mengenai trend 'unboxing' dalam kalangan pasangan pengantin baharu.

Kata Wan Salim lagi, hubungan intim antara suami isteri haram didedahkan kepada orang lain.

"Perbuatan mendedahkan rahsia suami isteri adalah satu penkhianatan yang besar dalam pandangan Islam. Banyak ayat al Quran dan hadis yang melarang suami atau isteri menceritakan hubungan intim antara mereka berdua kepada rakan dan sesiapa saja.

"Ini kerana, memelihara rahsia rumahtangga adalah wajib. Ia tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun," katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Salim menyarankan, Mahkamah Syariah supaya menjalankan pembicaraan terhadap kes-kes perbalahan antara suami isteri secara tertutup.

"Saranan itu bagi membolehkan rahsia kedua-dua suami isteri tidak diketahui oleh orang lain. Perbalahan antara pasangan suami isteri tidak seharusnya dijadikan bahan tontonan.

"Tentunya di dalam pembicaraan itu tersingkap aib masing-masing. Kadang-kadang ada pula yang mengambil kesempatan untuk meruntuhkan rumahtangga pasangan terbabit atau meruncingkan lagi keadaan sehingga sukar untuk diselesaikan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!