X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Belia, kanak-kanak korban terbesar kemalangan jalan raya

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Belia dan kanak-kanak terus menjadi antara golongan tertinggi yang maut akibat kemalangan jalan raya di Malaysia.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan berkata, lebih 47 peratus daripada mangsa maut kemalangan jalan raya di Malaysia dari tahun 2011 hingga 2020 adalah individu berusia 30 tahun dan ke bawah.

“Dari segi kategori kenderaan, kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu lebih 63 peratus,” katanya ketika berucap pada majlis maya pelancaran PIAM-MTA 2022 Nationwide Road Safety Campaign pada Khamis.

Lokman ketika berucap pada majlis maya pelancaran PIAM-MTA 2022 Nationwide Road Safety Campaign pada Khamis.
Lokman ketika berucap pada majlis maya pelancaran PIAM-MTA 2022 Nationwide Road Safety Campaign pada Khamis.

Hadir sama, Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sebelum ini memaklumkan, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2010 hingga 2019, secara puratanya lebih 500,000 kes kemalangan jalan raya dilaporkan setiap tahun dengan melibatkan hampir 7,000 kematian.

Sementara itu, Bakri berkata, meskipun trend kemalangan dan kematian di jalan raya pada 2020 menunjukkan penurunan ekoran sekatan pergerakan, namun jumlah tersebut kini kembali meningkat ke paras yang sama seperti sebelum pandemik.

Katanya, kes kemalangan harian ketika ini telah naik ke paras 1,500 kemalangan dengan jumlah kematian mencecah 16 ke 17 mangsa setiap hari.

Bakri turut memaklumkan bahawa statistik keseluruhan kes kemalangan jalan raya pada 2021 akan dikeluarkan oleh PDRM dalam masa terdekat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!