Sila log masuk terlebih dahulu.

Langgar SOP hadiri parti Krismas, Boris Johnson didesak letak jawatan

Boris Johnson berdepan desakan untuk meletak jawatan selepas mengaku menghadiri parti Krismas di 10 Downing Street ketika perintah berkurung dikuatkuasakan. - Gambar fail/AP
Boris Johnson berdepan desakan untuk meletak jawatan selepas mengaku menghadiri parti Krismas di 10 Downing Street ketika perintah berkurung dikuatkuasakan. - Gambar fail/AP
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson berdepan desakan untuk meletak jawatan.

Ini selepas pengakuan beliau menghadiri parti Krismas ketika perintah berkurung di 10 Downing Street.

Desakan demi desakan disuarakan barisan pemimpin pembangkang.

Ini termasuk pemimpin kanan parti Tory, Douglas Ross serta pemimpin kanan kelab penyokong kerajaan William Wragg.

"Buktinya jelas. Tetamu dijemput membawa minuman sendiri untuk menghadiri parti di Downing Street.

"Ini jelas satu parti, aktiviti berkumpul yang tidak dibenarkan, oleh itu jelas perdana menteri melanggar peraturan yang dikuatkuasanya sendiri."

Ross akan memfailkan usul tidak percaya terhadap Johnson. Usul itu juga mendapat sokongan 54 Ahli Parlimen lain.

Tegas Ross, Johnson perlu dipertanggungjawabkan kerana melanggar peraturan yang dikuat kuasa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Menteri Kabinet Johnson mendesak semua Ahli Parlimen menunggu hasil siasatan berkaitan insiden berkenaan sebelum memutuskan tindakan selanjutnya. - Awani